Sunday, 2 September 2012

NURUL FATIN FADHILAH BT NAWAWI


ISU GURU : CIKGU KELAS "KUNG FU"
GURU BESAR DI HADAPAN PELAJAR





Abstrak


Isu permasalahan guru kian hangat diperkatakan oleh media. Ada saja masalah disiplin guru yang diperbesar-besarkan. Ini menyebabkan ramai diantara kita kurang menerapkan nilai hormat pada profesion perguruan. Masalah disiplin, jenayah, saman menyaman, dan ketidakpuasan hati terhadap bidang ini kian menjadi sumber pendapatan bagi sesetengah pihak yang menganbil keutungan diatas situasi ini. Persoalannya, mengapakah permasalahan ini berlaku? Apakah punca, kesan dan cara mengatasi masalah ini. Dimana perginya nilai-nilai kemanusiaan dan nilai murni yang harus ditonjolkan oleh seorang guru kepada generasi akan datang? Dan dimanakah hilangnya rasa hormat kepada guru sekiranya isu-isu ini kian dibangkitkan? Disini terdapat beberapa cadangan dan penambahbaikan disamping dapat meneroka lagi sebab musabab wujudnya masalah isu guru ini.Disini juga saya sertakan satu kes yang melibatkan masalah disiplin guru yang disaksikan oleh murid-murid.Apa yang menyedikan lagi ianya tidak seharusnya dipertontonkan kepada murid.Bersama-samalah kita renungkan.




 
2.0 Kajian kes.
Berikut ialah permasalahan yang ingin dikaji. Tajuk besarny ialah ‘Guru Kelas Kungfu Guru Besar Dihadapan Pelajar’ .Sumber akhbar Harian Metro bertarikh 29 Febuari 2012. Sama samalah kita hayati kes ini:,
      2.1 Keratan akhbar
Pelajar sebuah kelas di sekolah rendah di Air Itam, di sini, dihidangkan aksi ‘kung fu’ antara guru besar dan guru kelas selepas berlaku perselisihan faham antara dua pendidik itu pada pagi 28 Februari 2012. Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, pergaduhan antara dua guru lelaki terbabit dikatakan berpunca selepas guru besar lalu berhampiran sebuah kelas dan terdengar bunyi bising, sebelum dia membuat teguran kepada guru kelas itu.
Difahamkan, guru kelas berkenaan enggan menerima teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka dan guru besar itu seterusnya cuba merakam suasana dalam kelas berkenaan menggunakan telefon bimbitnya. Menurut sumber, melihatkan tindakan guru besar itu, guru kelas terbabit secara tiba-tiba ‘naik angin’ sebelum dia terus menyerang dan memukul guru besar berusia 48 tahun itu.
Berikutan itu, kedua-dua guru terbabit bergaduh dan kejadian itu diperhatikan murid kelas berkenaan dan murid lain.

Menurutnya, suasana bertukar menjadi kecoh hingga memaksa guru lain campur tangan untuk meleraikan pergaduhan kedua-dua guru terbabit. Akibat pergaduhan itu, guru besar terbabit cedera di kedua-dua tangan dan juga belakang kepalanya.
Sumber itu berkata, guru kelas juga cedera pada mata akibat terkena tikaman pen ketika bergelut dan kedua-duanya sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu. Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, guru besar terbabit mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan dua guru berkenaan dipanggil memberi keterangan bagi membantu proses siasatan,” katanya. Sementara itu,
Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang mengikuti kursus ketika dihubungi berkata, dia belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

3.0 Punca pergaduhan
Menerusi keratan akhbar tadi dapat kita baca mengenai wujudnya pergaduhan yang tidak sepatutnya berlaku dalam sekolah. Ketidakprofesional dalam bekerja adalah punca utama. Bagi saya, kita tidak boleh menyalahkan guru kelas itu seratus peratus kerana guru besar juga bermasalah dalam hal ini iaitu dengan menegurnya di hadapan murid. Bukankah sepatutnya, guru besar tersebut menegurnya secara berhemah iaitu dengan memanggil guru kelas tersebut ke pejabat. Berkemungkinan guru kelas tersebut malu dengan tindak tanduk guru besar tersebut.
Apa yang mengeruhkan keadaan lagi ialah respon guru kelas tersebut dengan tidak mengendahkan teguran guru besar. Akibat ketiadakpuasan hati oleh teguran itu, maka wujudlah pergaduhan diantara mereka. Ianya menjadi parah apabila, guru besar itu cuba merakam situasi kelas berkenaan. Maka wujudlah pergaduhan yang menyebabkan kecederaan diantara kedua-dua pihak.Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam kes sebegini baik guru kelas itu ataupun guru besar yang merupakan ketua jabatannya. Apabila kita tidak dapat mengawal kesabaran kita maka api kemarahan kita semakin membuak-buak untuk menegakkan kebenaran. Situasi sebegini akan menjadi lebih buruk jika ada sejarah ketidakpuasan atau dendam masa lampau yang terpendam di hati dan tidak diluahkan dengan cara yang profesional.
Walau bagaimanapun, sebagai pendidik bangsa, bergaduh di hadapan pelajar merupakan suatu perbuatan yang tidak wajar dilakukan. Hal ini demikian kerana golongan guru (termasuk diri saya) harus menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada anak didik. Kalau boleh di hadapan pelajar kita tidak boleh menunjukkan kelemahan diri kita sebagai guru yang sentiasa dihormati dan dipandang tinggi. Jika beginilah yang terjadi, percayalah sehingga ke 1000 tahun lagi, kita akan tetap diingati oleh pelajar-pelajar kita sebagai guru yang bergaduh di hadapan mereka.

Kemarahan yang disebabkan tekanan peribadi, kerja, kewangan dan sebagainya hendaklah ditangani dengan sebaik-baiknya. Jangan sampai kita disesatkan dan kewarasan kita dilenyek-lenyek oleh hasutan iblis dan syaitan. Belajarlah bersabar walaupun pedih untuk melakukannya kerana kesabaran bisa meranapkan gunung kemarahan yang ghairah memuntahkan larvanya. Jadikanlah peristiwa ini sebagai ikhtibar kepada pendidik lain di seluruh negara. Tindakan ini bukan sesuatu yang baik untuk dicontohi, bukannya sesuatu yang elok untuk diteladani. Semoga masalah ini menemui jalan penyelesaian yang terbaik.
Buka buku baru dan mulakanlah hidup baharu. Buang yang keruh dan ambilah yang jernih. Dalam pada itu, jangan pula ada sesiapa yang cuba menangguk di air keruh kerana tindakan itu mungkin hanya seperti tikus yang membaiki labu. Selesaikanlah dengan kemaafan kerana kemaafan itu merupakan dendam yang terindah. Percayalah, nafas kita akan lebih lancar selepas mengucapkan kata-kata “Maafkanlah saya, saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi”. Ucapkanlah walaupun susah kerana inilah ubat yang paling mujarab untuk kita membina kembali hubungan yang rapuh itu.

4.0 Cara Mengatasi
Dalam permasalahan ini, terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah ini baik daripada pihak guru besar ataupun guru kelas tersebut. Seharusnya, guru besar tersebut menegurnya dengan memanggil guru kelas tersebut ke tempat yang lain. Teguran seharusnya berhemah iaitu bukan dikhalayak ramai. Sekiranya guru besar tersebut menegur guru kelas di hadapan murid makan hilanglah rasa hormat murid kerana guru kelas dimarahi di depan  mata mereka. Sudah tentu dimasa akan datang murid tidak mengendahkan teguran guru kelas sekiranya menegur mereka ketika membuat kesilapan.
Dari sudut guru kelas itu juga, sepatutnya dia memberi respon untuk tidak mengulangi perbuatannya tadi. Bukankah mendengar teguran itu salah satu cara untuk memperbaiki kualiti pekerjaan? Apa salahnya sekiranya guru kelas tersebut meminta maaf? Kita sebagai seorang guru seringkali menekan nilai murni kepada murid namun nilai tersebut tidak ditonjolkan oleh guru malah menjadi lebih teruk seperti situasi ini.
Namun, menerusi saranan Lakoff, saya dapat merasakan kedua-dua pihak seharusnya bersama-sama menjalankan prinsip Lakoff. Lakoff menyarankan 3 prinsip sekiranya sesuatu perbualan ingin mengekalkan keharmonian dalam perbualan tersebut. Prinsip-prinsip berikut ialah:,
i.              Jangan memaksa
ii.            Berikan pilihan
iii.           Jadilah pendengar yang setia


4.1 Jangan memaksa

Prinsip pertama iaitu jangan memaksa. Dalam situasi ini, sikap guru besar yang memaksa guru kelas itu dengan bertanya soalan mengenai keadaan bilik darjah yang bising. Beliau terus bertanya tanpa mengkaji apa yang akan beliau  peroleh sekiranya beliau masuk campur dalam pengurusan bilik darjah. Beliau patut tahu bahawa mungkin akan wujud emosi yang negatif  terhadap guru kelas kerana gagal mengawal bilik darjah.

4.2 Berikan pilihan
Sebagai seorang ketua di sekolah, guru besar seharusnya memberikan pilihan kepada  guru kelas itu untuk sedikit ruang. Ruang yang dimaksudkan ialah ruang terhadap diri sendiri. Berkemungkinan guru kelas tersebut sangat memerlukan masa untuk bersendirian ditambahkan dengan beban kerja dan keadaan bilik darjah. Seharudnya guru besar menunggu terlebih dahulu dan menegurnya setelah waktu pengajaran dan pembelajaran selesai. Ini akan meredakan lagi tekanan yang dihadapi oleh guru kelas tersebut.

4.3 Jadilah pendengar yang baik.
Sebagai seorang pekerja bawahan seharusnya , guru kelas tersebut menjadikan teguran tersebut sebagai cara untuk memperbaikki mutu mengajar mahupun mutu sebagai pengurus kelas. Menadah telinga dengan mendengar segala teguran walaupun adakalanya  tidak benar kesasihannya adalah perlu bagi menjaga hubungan dengan pihak atasan demi kelansungan dan jaminan hubungan yang baik di masa akan datang.
5.0 Cara mengatasi masalah
            Seharusnya masalah dan isu pergaduhan ini tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi disaksikan oleh anak murid, yang mana merupakan anak murid didik mereka. Guru besar seharusnya mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah berkaitan dengan bilik darjah. Berkemungkinan bunyi bising yang didengar sebentar tadi amat mengganggu emosi guru kelas tersebut sehingga tidak mengendahkan teguran guru besar. Bagi mengatsi masalah ini, seharusnya guru besar meninjau  dan menyiasat terlebih dahulu masalah kebisingan tersebut. Berkemungkinan dengan bertanya dengan murid-murid dikelas berkenaan setelah selesai aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
            Selepas itu, setelah menyiasat apa punca masalah bising barulah guru besar tersebut menegur guru kelas tersebut sekiranya punca adalah daripada guru itu sendiri. Sekiranya bunyi bising itu dibuat oleh murid-murid, maka guru besar seharusnya menegur murid kelas terbabit dengan berhemah.
             Sekiranya guru besar tersebut mempunyai sejarah lampau yang kurang manis dengan guru kelas maka guru besar boleh meminta guru lain yang rapat dengan guru kelas itu untuk menegurnya.
            Apa yang penting dalam memperbaiki hubungan kedua-dua pihak perlunya sikap saling memaafkan antara satu sama lain. Ketepikan ego masing-masing dengan meminta maaf. Dengan cara ini, ianya mendapat banyak faedah, anataranya, dengan saling memaafkan, hubungan jedua-dua pihak bertambah baik. Akan wujud kerjasama sekiranya akan melakukan pekerjaan bersama-sama. Selain itu dengan meminta maaf dan memaafkan, maka anggapan buruk sangka mampu dielakkan dimas aakan datang.
            Dengan menghadiri ceramah pengurusan emosi juga boleh mengurangkan masalah mengawal sifat marah dan panas baran. Setelah berlakunya kes ini, pihak yang berwajib seharusnya menghantar guru besar dan guru kelas tersebut untuk mengikuti khusus ini supaya kedua-duannya dapat mengawal emosi masing-masing di masa akan datang.
6.0 Kesimpulan
Masalah disiplin guru seharusnya tidak perlu dipertikaikan lagi, ini kerana guru mampu membentuk didiplin yang sihat dalam kalangan murid-murid, namun, sekiranya permasalahan seperti kes diatas wujud maka, peranan guru sebagai seorang pengurusbilik darajah akan diragui kerana tidak dapat menguruskan emosi sendiri. Jika permasalahan ini wujud , maka hilanglah kepercayaan masyarakat terhadap profesion guru yang dianggap mulia. Ia bertambah buruk lagi kerana pada zaman ini juga, kita seringkali dikejutkan dengan masalah disiplin guru yang melampau-lampau ditambahkan lagi dengan masalah jenayah yang melibatkan guru, Kes rogol ,bunuh, liwat dan macam-macam kes lain amat mengugat nama baik institusi pendidikan yang mana merupakan institusi yang dijulang di masa dahulu.
Sekiranya masalah disiplin guru ini berterusan maka semakin rendahlah martabat kita sebagai seorang pendidik di mata dunia , bukan sahaja pandangan serong masyarakat yang kita perolehi, apa yang menyedihkan lagi ialah pudar dan hilangnya nilai kepercayaan murid-murid kepada individu yang harus mereka percayai iaitu guru. Mungkinkah peranan guru dianggap  sebagai ibu bapa kedua murid tidak harus diperkatakan lagi kerana seharusnya peranan sebagai seorang ibu bapa adalah menjernihkan keadaan dan bukan mengeruhkan keadaan..
Apa yang penting ialah, sebagai seorang guru seharusnya kita bijak mengendalikan kelas dan bilik darjah walaupun situasi dalam bilik darjah kadang kala mematahkan semangat ataupun membuat guru tersebut berang. Sebagai seorang guru kita seharusnya dapat mengawal perasaan amarah dihadapan murid. Apa yang terjadi pada guru besar dan guru kelas ini sewajarnya perlu kita renungkan. Kesan cacat cela tindakan kedua-dua pihak tersebut telah mencemarkan nama baik guru-guru lain dan juga institusi pendidikan.
Ibu bapa, masyarakat dan murid-murid secara tidak langsung akan mempertikaikan kreabiliti mereka sebagai seorang guru. Maka jelaskan kata pepatah melayu, dalam bermasyarakat kita mestilah mencontohi aur dan tebing. Sentiasa berkerjasama dalam memelihara alam. Jika tiada pokok aur, maka lemahlah tebingnya. Ia berkemungkinan akan dihakis oleh air sungai. Begitu jugalah dengan dalam komuniti bermasayarakat dalam sekolah. Sekiranya, ada kelemahan dan kekurangan, maka, kita seharusnya memperbetulkannya supaya tidak wujud kecacatan dalam satu komuniti tersebut.
Dalam hal ini, tegur menegur seharusnya dilakukan secara berhemah dan bukannya untuk memalukan seseorang. Individu yang menerima teguran seharusnya menerima dengan hati terbuka dan bukannya perlu bersangka buruk terhadap teguran yang dibuat. Sekian sahaja ulasan saya mengenai isu guru besar dan guru kelas berkungfu dihadapan murid-murid.Diharap dengan terjawabnya persoalan ini, kita dapat memperbaiki kelemahan dalam diri masing-masing.Insyaallah.

                       
           

No comments:

Post a Comment