Monday, 3 September 2012

ISU KEGURUAN


Dua guru ditahan miliki dadah di rumah
2010/06/04

SHAH ALAM: Dua guru sebuah sekolah di daerah ini bakal berdepan hukuman gantung mandatori jika didapati bersalah selepas polis yang menahan mereka menemui dadah di sebuah rumah teres setingkat di Seksyen 15 di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, sepasukan polis Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang menerima maklumat berhubung aktiviti pengedaran dadah menyerbu rumah berkenaan sebelum menahan empat lelaki termasuk dua guru terbabit. Hasil pemeriksaan polis merampas lapan botol ubat batuk seberat 14.8 liter, 2,200 pil pelbagai jenis yang belum dikenal pasti dan 10 pil kuda yang disimpan di dalam rumah itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, berkata ketika serbuan, suspek terbabit enggan memberi kerjasama dan berdiam diri walaupun anggota polis mengetuk pintu rumah itu bertalu-talu. “Dua guru sekolah kebangsaan yang ditahan berusia 39 dan 28 tahun manakala dua lagi lelaki yang bekerja sebagai pemandu dan kelindan lori berusia 20 dan 28 tahun,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Semua suspek terbabit direman bermula semalam hingga 9 Jun ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12 (2) Kanun Keseksaan.
Nordin berkata, hasil siasatan mendapati rumah itu milik kelindan lori dan kini menyiasat sejauh mana aktiviti pengedaran dadah itu dan rangkaiannya.

Sumber :http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2010/06/dua-guru-ditahan-miliki-dadah-di-rumah.html



ANALISIS
Artikel yang diperolehi daripada blog  http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com  ini mengenaitangkapan suspek yang memiliki dadah di mana 2 orang guru telah didapati terlibat sama. Ini berikutan kerana, guru terbabit yang masing-masing berusia 39 dan 28 tahun berada di rumah yang telah diserbu oleh pihak polis.

Pembabitan guru dalam kegiatan najis dadah menconteng arang di kalangan guru. Bilangan guru yang terlibat semakin hari semakin bertambah bukan sahaja di kawasan bandar tetapi di kawasan luar bandar. Kejadian semalam amat menggores hati saya sebagai guru. Kementerian patut buang serta merta guru yang melanggar etika perguruan. jangan lagi ada pertimbangan seperti memindahkan guru dari bandar ke kawasan luar bandar atau menurunkan pangkat mereka. Kalau sikap sudah sampai mengedar dadah dimana-mana pun guru ini ditempatkan tidak akan mengubah sikapnya. Mungkin berubah hanya sementera sahaja. Barangkali cara pemilihan guru perlu diperketatkan dengan mengadakan beberapa saringan keutuhan supaya mereka yang ingin menjadi guru benar-benar memenuhi Standard Guru Malaysia.
Hari ini bilangan guru yang bermasalah semakin bertambah dengan penglibatan sesetengah mereka dalam kancah najis dadah, pelacuran, skandal seks dan sebagainya. Penagih dadah terdiri daripada pelbagai latar belakang. Pengaruh yang kuat ialah rakan sebaya yang dilihat menjadi faktor penarik seseorang terpengaruh dengan penagihan dadah. Berjinak-jinak dengan rokok, ingin merasai nikmat ‘stim’ dan mencari kepuasan adalah antara ruang-ruang yang menjurus kepada penagihan dadah yang juga dikira sebagai kes baru. Bagi kes berulang, tidak ada daya tahan yang kuat, menyendiri dan kerap menerima tohmahan menjadikan mereka kembali menagih.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah kebangsaan, jumlah penagih dadah bagi tempoh 1988 hingga 2005 adalah terkumpul bertambah dari 289,763 pada tahun 2005  kepada 292,696 orang sehingga Mac 2006. Peningkatan tersebut adalah sebanyak 1.32% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2005.
Majoriti daripada penagih dadah pada 2005 adalah terdiri daripada etnik Melayu (65.9%). Etnik Cina yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah adalah 18.4% dan etnik India adalah sebanyak 10.1%. Bumiputera Sabah dan Sarawak yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah adalah 4.0% dan lain-lain 1.6%.
Saya mencadangkan kepada Bahagian Pengambilan Guru supaya memasukkan ujian air kencing, Ujian kecergasan, ujian tingkahlaku dan lain-lain yang perlu. Mana-mana calon yang didapati gagal tidak layak menjadi guru. Apa yang berlaku sekarang ialah cara pemilihan yang sangat mudah di mana calon hanya mengisi borang, kemudian jika SPM, atau STPM bagus maka mereka di panggil Ujian Bertulis dan jika lulus ujian bertulis mereka dipanggil temuduga. Berdasarkan laporan beberapa calon yang di panggil temuduga, soalan-soalan yang diajukan tidak memberikan ujian sebenar kepada calon dimana ada penemuduga hanya bertanya 'kenapa pilih UPSI kenapa tidak pilih UMS?Apa kelebihan universiti ini dan apa kekurangan universiti ini? Saya rasa soalan-soalan sebegini rupa tidak layak dan tidak sepatutnya diajukan kepada calon. Sepatutnya soalan yang diajukan ialah kenapa milih bidang perguruan, apa visi dan misi menjadi guru, apa subjek yang anda suka, kenapa pilih subjek ini, apa yang anda faham tentang subjek ini, apa sikap seorang guru yang benar-benar dipanggil guru. Ini sepatutnya soalan yang paling penting.

Saya mencadangkan supaya semua guru di Malaysia terutama guru-guru yang mudah baru ditempatkan perlu ada ujian air kencing dalam proses perlantikan tetap . Ini bagi memastikan guru bersih daripada najis dadah. Mana mana guru yang gagal melepasi ujian ini perlu diambil tinadakan segera agar tidak memberikan kesan negative di kemudian hari. Ini kerana guru yang bermasalah dikhuatiri menjadi contoh yang tidak elok kepada anak didik mereka yang suatu hari nanti bakal menjadi pengganti para peneraju negara.

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana.Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. –Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.  Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).
Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri.Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan.
Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.
Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara.Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya.Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya.Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan
Guru dianggap sebagai satu profesion yang paling murni. Ia juga dikatakan satu profesion yang paling unik. Namun berbeza daripada profesion yang lain seperti doktor, peguam dan arkitek, guru tidak mempunyai satu badan khas yang mengawal profesionalisme pengamal-pengamalnya selain daripada Unit Tatatertib Jabatan Negeri. Di Malaysia, adakalanya guru yang dianggap melanggar etika perguruan tidak akan diambil tindakan pecat atau lesen mengajar guru berkenaan ditarik balik.

Oleh itu, di pihak guru, mereka harus mempunyai kualiti-kualiti yang boleh melahirkan pelajar-pelajar yang dikehendaki oleh ibu bapa, masyarakat, sektor-sektor pekerjaan dan aspirasi negara secara umumnya. Ini disebabkan sifat-sifat dan kualiti seorang guru akan memberi impak kepada para pelajar, ibu bapa dan rakan-rakan seprofesion. Antara kualiti-kualiti tersebut adalah mempunyai ilmu dan berjaya mempraktikkannya serta mempunyai rasa hormat dan bersikap penyayang terhadap anak-anak muridnya (Feeny, Christensen, 1979) berperawakan yang baik, bertenaga, bersifat humor, fleksibel dan peka (Feeny, Christensen & Moravcik, 1996). Sementara Bottery (dalam Cribb, Gewirtz, 2001) mencadangkan guru-guru bertindak sebagai penjaga dan pengantara nilai kepada kanak-kanak.
Apakah yang dikehendaki daripada seorang guru? Persoalan ini mungkin amat sesuai juka kita melihat kualiti-kualiti guru dan tanggungjawab yang bebani ke atas guru.
Cribb & Gewirtz (2001), mengharapkan guru bertindak sebagai orang perantara ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka menyerapi nilai-nilai yang sesuai dengan anak-anak mereka yang bersifat passive imbiver. Guru-guru, selain bertindak sebagai in loco parentis, juga dikehendaki menyampaikan dan mengindoktrinasikan para pelajarnya ke arah kebaikan. Beliau juga menegaskan guru dalam membimbing pelajar harus bertindak sebagai fasilitator dan mewujudkan suasana yang dapat memberi faedah kepada mereka bila mereka keluar dari sistem pendidikan nanti.

Feeny & Christensen (1979) meletakkan beberapa syarat untuk menjadi guru yang berwibawa. Beliau harus memahami nilai-nilai yang perlu ada pada seseorang guru seperti berilmu dan mempunyai rasa hormat serta menyayangi kanak-kanak. Ini selari dengan prinsip-prinsip etika seorang guru yang wajib berilmu dan menyediakan kanak-kanak ke arah menjadi insan yang berguna dan warganegara yang berdikari. Prinsip Lieberman ( dalam Foo, 2005) juga meletakkan tanggungjawab melahirkan warga yang berhemah kepada ibu bapa. Maksudnya di sini pihak sekolah perlu berinteraksi dengan masyarakat secara mesra, penuh kerjasama dan sikap yang membina.
Selain daripada itu, dalam perlaksanaan sesuatu inovasi ke arah meningkatkan kualiti pelajar, Black (2001) memohon jasa baik masyarakat supaya memberikan kebebasan kepada pihak sekolah dan guru untuk melaksanakan perubahan supaya mereka dapat bekerja tanpa tekanan. Inilah bentuk kerjasama yang diperlukan seorang guru dari masyarakat, bukan sahaja sokongan dan bantuan kewangan.
Kesimpulannya, seorang guru dengan pendapatan yang tidak setimpal (Foo, 2005) harus menjalankan tugas-tugas yang semakin lama semakin membebankan. Inilah yang mempengaruhi ramai guru terutama di Barat meninggalkan profesion ini.
Dalam kita melihat isu-isu di atas, bahagian terakhir perbincangan isu etika ini akan cuba mengupas etika perguruan itu sendiri.
Pertama, adakah guru-guru kita tahu dan sedar akan wujudnya etika perguruan yang menjadi garis panduan bagi semua guru di Malaysia ini? Etika perguruan Malaysia dibaca dengan nama “Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia” yang terdapat di bahagian awal Buku Rekod Pengajaran guru-guru (Mok Soon Sang, 2000).Adalah diingatkan tentang kepentingan guru-guru supaya memartabatkan profesionalisme perguruan dengan cara memahami dan menghayati etika perguruan. Namun begitu, sekiranya guru-guru sendiri tidak mengetahui tentang keujudan etika perguruan ini, ia amat malang bagi dunia profesion perguruan.
Antara faktor yang menyebabkan masalah sahsiah guru ialah akibat tekanan kerja guru itu sendiri. Guru berasa tertekan dengan beban tugas yang semakin mencabar dan mula mencari alternative yang salah untuk mengurangkan tekanan. Salah satunya dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak bermoral seperti penagihan dan pengedaran dadah.  Guru ini mula berasa gembira dengan aktiviti ynag dirasakan kurang beban dan dapat menambahkan sumber ekonomi. Ini kerana, ada guru yang merasakan pendapatan daripada pekerjaan sebagai seorang guru tidak mencukupi.
 Diharap pihak atasan sekolah terutamanya pihak pengetua berusaha untuk mengubah etika kepimpinan serta memupuk nilai-nilai kemanusiaan bagi memastikan guru-guru tidak berasa tersisih apabila pendapat dan cadangan mereka dapat diterima dengan hati yang terbuka. Sebagai contohnya, memberi pujian dan penghargaan kepada guru yang telah memberi khidmat yang cemerlang supaya motivasi mereka akan terus meningkat dan dapat dijadikan sebagai contoh kepada guru-guru yang lain. 
Selain itu, mengadakan majlis-majlis ilmu ataupun bengkel yang memfokuskan kepada tekanan dan cara pengurusannya samada dari perspektif motivasi mahupun agama. Ianya dapat membantu memberikan maklumat serta latihan yang berguna dalam mempersiapkan mental dan fizikal guru dalam menghadapi cabarancabaran dunia pendidikan yang semakin kompleks sifatnya.
Pihak sekolah juga boleh berusaha untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang ceria bagi semua kakitangan samada pentadbiran, akademik mahupun sokongan untuk memastikan hubungan di antara mereka sentiasa terjalin dengan erat. Komunikasi sesama kakitangan perlu diwujudkan dalam erti kata sebenar bagi melangsungkan penyampaian maklumat yang efektif. Dengan ini, setiap masalah yang melanda dapat dilangsaikan dalam suasana kekeluargaan tanpa perlu berkonfrontasi sesama sendiri. 
  Menguatkuasakan peraturan sekolah dengan tegas tanpa sebarang kompromi dalam usaha mendisiplinkan pelajar yang bermasalah dan memberi pengajaran kepada mereka. Ini penting kerana peraturan yang tidak dikuatkuasakan samala seperti tidak mempunyai peraturan sama sekali.
Dalam menguruskan tekanan, terdapat beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh guru dalam menyediakan diri mereka untuk menghadapi tekanan. Teknik-teknik ini ternyata boleh membantu guru untuk menguruskan tekanan mereka di samping memberi kelebihan dari segi pembinaan kekuatan mental dan fizikal mereka. Dalam kajian-kajian yang telah dijalankan oleh para penyelidik di luar negara, mereka mengatakan bahawa teknik-teknik yang disyorkan ini boleh menjadi jalan penyelesaian bagi menghindarkan diri dari tekanan-tekanan yang tidak perlu.
Menurut Grout (1994), adalah penting untuk tidak meletakkan tekanan kepada pekerja untuk memastikan mereka mampu untuk bekerja dalam keadaan yang baik dan tanpa menghadapi sebarang masalah. Grout (1994) juga menyatakan tekanan tidak sepatutnya menjadi satu perkara yang menakutkan. Kebanyakan daripada pekerja mampu bekerja di bawah tekanan dan mereka juga dibayar gaji yang lumayan untuk mengimbangi tekanan yang melanda. Tekanan hanya akan menghantui pekerja yang tidak mampu mengurusnya dengan baik, dengan memastikan pekerja menguruskan masa dengan efektif, menikmati kualiti hidup yang baik dan hanya bekerja keras apabila keadaan memerlukan akan menyebabkan tekanan pekerja menjadi rendah.
Kecelaruan yang berlaku menjadikan kita mencipta tekanan kepada diri sendiri tanpa sedar. Selain itu, pemikiran yang sentiasa positif juga memainkan peranan yang penting di dalam menguruskan tekanan daripada menjadi semakin buruk.

No comments:

Post a Comment